Tuesday, October 20, 2009

folio guru ting 6


FOLIO YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU TINGKATAN 6

a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan.

Setiap orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.

Folio-folio tersebut adalah :

o Pengajaran dan pembelajaran
o Penyelidikan
o Penilaian dan taksiran
o Kokurikulum

b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang tersenarai di bawah:

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran

Komponen folio P & P adalah seperti berikut:

 Jadual waktu peribadi
 Jadual waktu kelas
 Perancangan pengajaran setiap semester
 Perancangan pengajaran mingguan
 Perancangan pengajaran harian
 Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
 Nama pelajar bagi kelas yang diajar
 Biodata pelajar (bagi guru kelas)
 Refleksi harian


2. Folio Penyelidikan

 Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Jadual konsultasi dengan pelajar
 Laporan konsultasi dengan pelajar
 Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan kemajuan)
 Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
 Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
 Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
 Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
 Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
 Penulisan laporan/hasil penyelidikan
 Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa


3. Folio Penilaian dan Taksiran

 Perancangan penilaian tahunan
 Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
 Skema permarkahan ujian/peperiksaan
 Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
 Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa interaksi)
 Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan


4. Folio Kokurikulum

 Jadual penglibatan kokurikulum
 Laporan aktiviti kokurikulum
 Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
 Senarai nama murid di bawah seliaan.
 Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.


D. KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.

 Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah.
Tiga komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.

 Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6. Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.

 Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.

tugas guru ting 6

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1. PENOLONG KANAN TINGKATAN 6

1. Mengajar 8 waktu seminggu.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran T6.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kurikulum T6.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid T6.
5. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kokurikulum T6.
6. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan organisasi T6.
7. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan kendiri.

SENARAI TUGAS
1. Pengurusan dan Pentadbiran
1.1 Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Tingkatan Enam.
1.2 Merancang dan mengurus pembukaan kelas Tingkatan Enam di sekolah.
1.3 Mengurus perancangan takwim sekolah.
1.4 Mengurus jadual waktu dan agihan tugas guru.
1.5 Mengurus hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
1.6 Mengurus kutipan data dan maklumat.
1.7 Mengurus anggaran belanjawan tahunan sekolah .
1.8 Menyelaras semua jenis kutipan / bayaran.
1.9 Mengurus dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.
1.10 Membantu Pengetua membuat penilaian prestasi guru.
1.11 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.

2. Kurikulum
2.1. Menguruskan sukatan dan rancangan pelajaran tahunan dan harian.
2.2. Memantau perjalanan panitia mata pelajaran mengikut perancangan.
2.3. Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
2.4. Mengambil tindakan atau mencadang tindakan susulan terhadap laporan yang berkaitan dengan kurikulum.
2.5. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
2.6. Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
2.7. Membantu di dalam pemilihan buku rujukan dan bahan Pusat Sumber.
2.8. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.
2.9. Menyelia dan mencerap pengajaran dan pembelajaran guru.
2.10. Menyelaras mesyuarat kurikulum.
2.11. Menyelia urusan Penyelidikan dan Pembangunan.
2.12. Memastikan guru akademik melaksanakan tugas seperti dalam tugasan guru akademik.

3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
3.1. Menyelaras urusan berkaitan kaunseling, keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan.
3.2. Menguruskan aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid Mengurus rekod dan maklumat murid.
3.3. Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran, kemasukan dan penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.

4. Pengurusan Kokurikulum
4.1. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.
4.2. Menyelia urusan persatuan, kelab dan sukan & permainan.
4.3. Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4.4. Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
4.5 Menyelia program –program kepimpinan murid.
4.6 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.

5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan sekolah ( Penyelidikan dan Pembangunan).
5.4 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan.
5.5 Melibatkan diri dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

6. Pembangunan Organisasi
6.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat / komuniti.
6.2 Merancang pelaksanaan kursus/latihan untuk guru-guru.


2. GURU AKADEMIK TINGKATAN 6

a. Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik tingkatan 6 ialah sekurang-kurangnya 16 waktu hingga maksimum 24 waktu.
Jumlah waktu mengajar guru tingkatan 6 dipenuhi dahulu dengan mata pelajaran tingkatan 6 sehingga mencapai tahap maksimum seboleh mungkin.
Atau Jumlah minimum untuk mata pelajaran tingkatan 6 – 16 waktu, baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan 1-5. (jika perlu)

b. Guru akademik yang menjawat gred jawatan yang tertinggi sama ada Gred DG 52 atau DG 48 di sekolah tersebut, perlu memegang jawatan khas di sekolah sama ada :
a. Setiausaha Peperiksaan Sekolah
b. Ketua Penyelidikan,
c. Ketua Unit Mata Pelajaran Tingkatan 6d. AJK Majlis Kurikulum Sekolah

c. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar. (Sila rujuk rujuk Lampiran B).


3. GURU KOKURIKULUM

a. Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti guru akademik tingkatan 6.
b. Jika terdapat hanya seorang guru kokurikulum, guru tersebut adalah merupakan penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.
c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru kokurikulum, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.
d. Senarai tugas penyelaras kokurikulum adalah seperti berikut:
i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan 6
ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum murid tingkatan 6.
iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.


4. GURU AMALI TINGKATAN 6

a. Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali tingkatan 6 adalah sama seperti guru akademik tingkatan 6.
b. Jika terdapat hanya seorang guru amali sains tingkatan 6, guru tersebut dilantik menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal-makmal sains tingkatan 6. Beliau menjalankan tugas memastikan pengurusan makmal sains adalah seperti yang sepatutnya.
c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains tingkatan 6, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras bagi makmal-makmal sains tingkatan 6.
d. Jika terdapat guru amali pendidikan seni visual atau komputer, guru tersebut menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.

Link ke Jadual STAM 2009




pekeliling stpm

http://www.mpm.edu.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=21&SectionID=12

kata mereka...


PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).Ini kerana, tingkatan enam ibarat prauniversiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.Mana tidaknya, walaupun dikatakan prauniversiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah. Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular. Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester. Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan 'open book'. Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik."Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa."Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT."Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama," katanya.Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran."Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi."Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran," katanya.Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT."Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah," katanya.Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan."Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan."Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun."Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja," katanya.Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang."Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas."Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran,"

Monday, October 19, 2009

Tingkatan 6

Pendekatan "Blue Ocean Srategy" dalam Pengurusan Tingkatan Enam di Negeri Johor
Oleh: Hj Wahid Bilaji
Pengerusi MPPT6 Johor

Tingkatan Enam merupakan peringkat tertinggi dalam pendidikan menengah di Malaysia. Ia menyediakan pelajar untuk kemasukan ke universiti. Dengan kata lain, ia merupakan salah satu Gerbang ke Menara Gading. Ia juga boleh dilihat sebagai peringkat transisi daripada sistem pendidikan "sekunder" ke sistem pendidikan "tertiar". Oleh itu wajarlah ia dibezakan daripada sistem persekolahan menengah biasa, seperti mana kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom;

Tingkatan Enam sebenarnya menyediakan pelajar untuk Universiti. Justeru, para pelajar Tingkatan Enam perlu diberi kemahiran-kemahiran untuk menjadi pelajar universiti yang lebih berdikari dari segi penimbaan ilmu. Mereka perlu didedahkan dengan sistem pembelajaran di universiti, sebagaimana kata Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia;

Dari sudut "Red Ocean Strategy", sistem pembelajaran di Tingkatan Enam bersaing dengan kolej-kolej swasta dan kolej matrikulasi kerajaan dari banyak aspek. Ia bersaing dalam menarik pelajar-pelajar lepasan SPM dengan kolej-kelej yang tersebut bagi menyediakan mereka persiapan ke Universiti. Sejauh ini nampaknya lepasan SPM lebih berminat untuk masuk ke kolej-kolej tersebut. Kemasukan ke Tingkatan Enam nampaknya hanya sebagai pilihan terakhir.
Walau bagaimanapun, sejak kerajaan memberikan perhatian khas kepada sistem pendidikan di Tingkatan Enam, telah wujud satu trend di mana lepasan SPM mula meminati Tingkatan Enam. Dengan adanya perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap pendidikan di Tingkatan Enam itu menjadikan pelajar merasa lebih berkeyakinan. Sebagai contoh, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam. Dalam hal ini pelbagai aspek pengurusan Tingkatan Enam akan diubah atau diwujudkan. Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Sekolah Khas Tingkatan Enam. Seperti kata Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

Dari segi "Blue Ocean Strategy" kita boleh membandingkan persekolahan Tingkatan Enam dengan sistem pembelajaran di kolej dari aspek-aspek Faktor Persaingan (Competing Factors) seperti berikut;

Faktor Tingkatan 6 Kolej
1 Penjimatan Kos Tinggi Rendah
2 Nilai Sijil Tinggi Rendah
3 Penjimatan Tempoh Kursus Rendah Tinggi
4 "Contact Hours" Pengajar dengan Pelajar Tinggi Rendah
5 Pengawasan Penjaga Tinggi Rendah
6 Pilihan mata pelajaran Tinggi Rendah
7 Kandungan Ilmu yang disampaikan Pengajar Tinggi Rendah

Rajah: Strategy Canvas Sistem Tingkatan Enam berbanding dengan Sistem Kolej


Dari aspek Faktor Persaingan Penjimatan Kos, Tingkatan Enam nampaknya lebih baik dari Kolej kerana kos yang lebih rendah. Pelajar di Tingkatan Enam tidak perlu membayar yuran pengajian dan lain-lain bayaran yang tinggi seperti yang dikenakan oleh kolej.
Nilai Sijil Peperiksaan Awam (Sijil Tinggi Persekolahan, STPM) Tingkatan Enam, ternyata lebih bernilai daripada Sijil Kolej (contohnya Matrikulasi) kerana STPM diiktiraf di seluruh dunia sebagai menyamai GCE "A" Level peringkat Cambridge. Sekalipun pelajar tidak dapat masuk ke univerisiti selepas STPM, sijil itu "laku" untuk digunakan bagi kemasukan ke institusi-institusi lain dan bagi tujuan mencari kerja.
Walau bagaimana pun, dari segi Penjimatan Tempoh Kursus, kolej Matrikulasi nampaknya lebih baik kerana ia hanya mengambil masa setahun sahaja untuk pelajar menamatkan pengajian, berbanding dengan Tingkatan Enam yang memakan masa 20 bulan.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai masa yang lebih untuk berinteraksi dengan pengajar mereka. Justeru jika dibandingkan dari segi "Contact Hours" dengan pengajar, Tingkatan Enam ternyata lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam rata-rata tinggal bersama keluarga sepanjang mereka menuntut di Tingkatan Enam. Ini lebih memberi banyak masa dan peluang kepada para penjaga mengawasi dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka yang berada di Tingkatan Enam, berbanding dengan pelajar Kolej yang kebanyakannya tinggal berjauhan dari keluarga. Oleh itu dari segi Pengawasan Penjaga, Tingkatan Enam adalah lebih baik.
Pelajar Tingkatan Enam mempunyai pilihan yang lebih luas dari segi Pemilihan Mata Pelajaran yang ingin diambil kerana dari segi jumlah mata pelajaran yang ditawarkan dalam sistem Tingkatan Enam ianya adalah lebih banyak berbanding dengan Kolej. Tingkatan Enam menawarkan 23 mata pelajaran untuk dipilih.
Kandungan Ilmu dan isi kandungan sesuatu kertas/mata pelajaran yang diajar dalam Tingkatan Enam pada amnya adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej. Ini disebabkan lebih banyak masa diperuntukkan bagi mempelajari sesuatu mata pelajaran. Selain itu, "contact hours" bersama pengajar adalah lebih banyak berbanding dengan di Kolej.

Tiga unsur yang tidak ada dalam Sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Tingkatan Enam;
1. Tinggal Bersama Keluarga: Pelajar-pelajar Tingkatan Enam secara amnya tinggal bersama keluarga. Ini tidak berlaku di kalangan pelajar-pelajar Kolej.
2. Peluang Tusyen Tambahan di luar: Pelajar-pelajar berpeluang untuk mengambil tusyen di luar sekolah untuk mata pelajaran yang mereka merasa perlu diberi lebih perhatian.
3. Peluang Mengulang: Calon-calon STPM yang tidak dapat mencapai prestasi yang baik, berpeluang untuk mengulang semula peperiksaan STPM sebagai calon sekolah ataupun calon persendirian.
Ketiga-tiga unsur ini dikenali sebagai "Fokus" dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy". Inilah kelainan-kelainan yang membezakannya dengan sistem kolej. Unsur-unsur ini tidak bersaing dengan sistem yang ada di kolej.
Keluk Nilai (Value Curve) dan Fokus dalam Pengurusan Tingkatan Enam berbanding Kolej
Dalam "Strategy Canvas" di atas dapat dilihat "Divergence" yang agak ketara dalam perbandingan di antara unsur-unsur utama dalam sistem persekolahan Tingkatan Enam dengan Kolej. Sebahagian besarnya adalah berpihak kepada Tingkatan Enam. Ini membawa maksud bahawa sepatutnya Tingkatan Enam lebih menarik daripada sistem Kolej seperti Matrikulasi dan sebagainya. Selain dari itu terdapat 3 fokus iaitu unsur-unsur yang tidak terdapat dalam sistem Kolej tetapi ada dalam sistem Persekolahan Tingkatan Enam. Justru sepatutnya ini memperkuatkan lagi hakikat bahawa Tingkatan Enam seharusnya menjadi pilihan utama lepasan-lepasan SPM.
Lebihnya minat lepasan SPM terhadap sistem Kolej adalah lebih dipengaruhi oleh faktor "Emotional" daripada "Functional". Pelajar mungkin merasa lebih "glamour" berada di Kolej berbanding di Tingkatan Enam. Justru, dalam usaha untuk menarik minat lepasan SPM memasuki Tingkatan Enam, usaha-usaha perlu dibuat untuk memanipulasi faktor "Emotinal" ini agar ianya berpihak ke sistem Tingkatan Enam. Dengan lain perkataan, pelajar merasa lebih "glamour" berada di Tingakatn Enam.
Sebagai salah satu cara membuat Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, suatu "Compelling Tagline" harus difikirkan, dicari dan diwujudkan supaya sistem Tingkatan Enam mempunyai suatu identiti yang boleh menarik minat lepasan SPM ke arahnya. Antaranya ialah dengan mengubah nama Tingkatan Enam kepada "Kelas Pra-U". Selain itu suatu Motto yang mencerminkan fungsi Tingkatan Enam sebagai wadah untuk menyediakan pelajar ke Universiti perlu diwujudkan. Contohnya seperti "Tempah Univerisiti di Sini", "Universiti Melamar Anda di Sini", dan sebagainya.

Penjenamaan Semula Tingkatan Enam sebagai satu pendekatan "Blue Ocean Strategy"
Sesungguhnya langkah kerajaan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam merupakan suatu pendekatan "Blue Ocen Strategy". Langkah-langkah yang akan diambil dalam proses ini bukan sahaja untuk menjadikan Tingkatan Enam lebih menarik, tetapi juga untuk memartabatkan sistem tersebut, sesuai dengan Teras 3 dan Teras 6 dalam PIPP.
Jumlah lepasan SPM tahun 2007 yang layak masuk ke Tingkatan Enam adalah seramai 180,630 orang. Dari jumlah tersebut, 127,879 layak untuk masuk ke dalam jurusan Kemanusiaan, sementara seramai 52,751 orang dalam aliran sains. Jika dibandingkan dengan jumlah calon yang memasuki Kolej Matrikulasi seramai 32,685 orang, jumlah yang memasuki Tingkatan Enam sebenarnya memerlukan lebih perhatian.

1. Sekolah Khas Tingkatan Enam:
Mengambil contoh sistem di Brunei Darussalam yang dikenali sebagai Pusat Tingkatan Enam Brunei (PTEB) yang diwujudkan pada tahun 2005, pusat ini menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan enam secara berpusat. Di Malaysia, ianya mungkin boleh diwujudkan di setiap bandar. Oleh kerana kos pembinaan pusat ini yang begitu tinggi, buat permulaan kerajaan mungkin boleh mengambil sebuah sekolah yang sesuai di setiap bandar untuk dijadikan sebagai pusat tersebut.
PTEB di Berakas Brunei (Berakas Sixth Form Centre) dibina di atas tapak seluas 6 hektar dan menempatkan 1200 orang pelajar dengan 97 tenaga pengajar, termasuk 3 orang kaunselor sepenuh masa. 5 orang guru dilantik sebagai "Guru Panduan Kerjaya". Sistem pendidikannya tidak jauh berbeza dengan sistem Tingkatan Enam di Malaysia dari segi penawaran mata pelajaran dan sistem penyampaiannya. Selain daripada kemudahan asrama, ia mempunyai 42 bilik darjah dengan 14 makmal sains, 3 makmal komputer, 2 studio seni, 1 makmal bahasa dan satu bilik syarahan. Staf sokongannya seramai 19 orang terdiri daripada kerani, pembantu pejabat, pembantu perpustakaan, pembantu makmal, pengawal keselamatan, buruh pembersihan dan penyimpan stor. Pendek kata struktur organisasinya sama dengan seperti yang ada di Malaysia.

2. Memartabatkan Tenaga Pendidik Tingkatan Enam.
Kerajaan telahpun melaksanakan langkah ini dengan:
Menaikkan gred perjawatan guru yang mengajar di Tingkatan Enam kepada gred DG44, DG48 dan DG52.
Mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 dengan agred DG48.
Guru Tingkatan Enam tidak mengajar di tingkatan-tingkatan lain yang lebih rendah.

1. Kaedah Penyampaian.
Sesuai dengan era ICT dan globalisasi, sistem penyampaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang menggabungkan;
Syarahan
Tutorial
Seminar dan Kajian Tindakan
Kaedah Pembelajaran secara Online

Sepertimana kaedah di Universiti, syarahan boleh dibuat secara "mass" di dewan yang boleh menempatkan jumlah peserta yang ramai. Ini dapat menjimatkan tenaga pensyarah. Syarahan kemudiannya diikuti dengan tutorial yang membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil, mungkin mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Bagi melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan berketrampilan, kaedah Kajian Tindakan dan Seminar sangat sesuai untuk dilaksanakan. Ini akan melatih pelajar berdikari di samping membina semangat kerjasama dan tanggungjawab di kalangan mereka. Nilai-nilai kepimpinan dan lain-lain nilai positif dapat dipupuk.
Kaedah pembelajaran secara dalam talian (online) merupakan satu kaedah yang sangat berkesan di zaman ini lebih-lebih lagi kerana akses kepada internet boleh dicapai di mana-mana. Bahan-bahan kuliah dan "assignment" dapat disampaikan terus di dalam talian. Pelajar-pelajar boleh mengaksesnya dari mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Untuk itu kemudahan mengakses internet secara wifi perlu ditingkatkan, khususnya dalam kawasan sekolah. Semua pelajar boleh membangunkan laman web atau blog untuk memudahkan mereka mengurus bahan-bahan kursus ataupun berhubung dengan pensyarah dan rakan-rakan kuliah. PTE Brunei, MRSM dan beberpa IPT adalah contoh pusat-pusat pendidikan yang mengamalkan kaedah ini. Pensyarahan mata pelajaran English di PTE Brunei menggunakan blog untuk memberi tugasan kepada pelajar-pelajar.

1. Waktu Persekolahan
Sesuai dengan status sistem persekolahan itu sendiri, waktu persekolahan Tingkatan Enam perlu diubah dari 7.30 – 1.05 kepada 8.00 pagi – 4.00 petang. Selain untuk mengisi penyampaian kuliah, waktu yang ada boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kumpulan dan kokurikulum akademik.

2. Penjadualan Waktu Kursus
Sistem pembelajaran Tingkatan Enam menuntut kepada perubahan dari segi penjadualan (Jadual Waktu) penyampaian pelajaran yang lebih sesuai dan fleksibel, lebih-lebih lagi sekiranya sistem syarahan dan tutorial dilaksanakan. Setiap waktu (period) boleh dipanjangkan, misalnya 1 jam untuk setiap satu slot. Selain daripada itu, dengan adanya penawaran mata pelajaran yang lebih luas, pelajar-pelajar mempunyai lebih "free period" yang boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti menyiapkan kerja-kerja kumpulan, merujuk di pusat sumber, perpustakan atau pusat akses. Tenaga pengajar juga mempunyai lebih masa dan ruang untuk berikteraksi dengan pelajar dengan lebih kerap dan berfokus. Sehubungan dengan itu, prasarana perlu dipertingkatkan.

3. Pengubahsuaian peraturan dan undang-undang sekolah
Satu daripada faktor yang menyebabkan lepasan-lepasan SPM tidak berminat memasuki Tingkatan Enam ialah kerana cara pembelajaran dan peraturan-peraturan sekolah yang sama dengan tingkatan-tingkatan yang lebih rendah, sedangkan mereka sebenarnya sudah berada pada tahap pra-U. Justru, sepertimana saranan Datuk Alimuddin Mohd Dom, KPPM,
"Tingkatan Enam perlu dibezakan dengan menengah biasa kerana ia adalah peringkat yang lebih tinggi dalam sistem persekolahan" .
Untuk itu, peraturan dan undang-undang sekolah yang digunapakai sekarang perlu diubahsuai mengikut keperluan tahap pelajaran pelajar-pelajar Tingkatan Enam itu sendiri. Ubahsuai perlu dilakukan terhadap beberapa aspek seperti;
Sahsiah rupadiri, khususnya dari segi pakaian.
Rutin mingguan seperti perhimpunan dan sebagainya
Pengurusan kokurikulum akademik dan bukan akademik.
Sistem "Kepengawasan"
Sistem Kehadiran sekolah
Sistem Kehadiran dalam kuliah dan tutorial
Sistem Penilaian dan Pentaksiran Dalaman.
Sistem Penilaian Awam
Perkongsian Bijak dengan agensi atau IPT lain sama ada dalam atau luar negeri.
Sistem Akses Maklumat yang melibatkan penggunaan bilik, "hardware" mahupun "Software".
Dari segi pendekatan "Blue Ocean Strategy", kesemua langkah ini boleh digambarkan dalam rajah "Four Actions Framework" yang membandingkan sistem lama yang ada sekarang dengan sistem Penjenamaan Semula ini.


Pendekatan "Blue Ocean Strategy" berkisar di sekitar penurunan Kos dan peningkatan Nilai (Buyer Value). Peertembungan kedua-dua ini mewujudkan "Value Innovation". Dalam proses Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, aspek yang diturunkan ialah Peraturan-peraturan Rigid yang mengawal sistem persekolahan tahap menengah atas (Tingkatan 5) ke bawah, dan diganti serta diubahsuai kepada keadaan yang lebih sesuai dengan pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Prasarana dan kemudahan-kemudahan ditingkatkan. Dengan cara ini, "Value Innovation" yang dicapai ialah persekolahan Tingkatan Enam bentuk baru yang lebih menarik minat pelajar di samping dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermutu dan berupaya bersaing dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.
Apabila penjenamaan semula Tingkatan Enam ini menjadi kenyataan, sistem Tingkatan Enam akan menjadi lebih relevant kepada para lepasan SPM yang kini bertambah dari setahun ke setahun sehingga mencecah ke angka dua ratus ribu setahun. Buat masa ini sebahagian besar daripada mereka menolak tawaran tersebut kerana mungkin kurang yakin dengan sistem Tingkatan Enam. Justru, langkah-langkah penjenamaan semula Tingkatan Enam perlu disegerakan. Apa yang diharapkan ialah kita akan melihat minat pelajar akan beralih kepada sistem Tingkatan Enam dalam dekad-dekad mendatang ini. Akhirnya negara akan dapat menghasilkan lepasan Tingkatan Enam yang lebih berkualiti bagi menghadapi cabaran globalisasi, sekaligun membantu menaikkan taraf IPT-IPT negara ini sebaris dengan universiti-universiti yang ternama di dunia.

kisas


tingkatanenamkisas

1.•“Kolej ini… tempat belajar agama Islam yang sehabis tinggi yang belum pernah didirikan di Malaya ini. Kita Orang-orang Islam di Malaya ini amatlah suka pada hari ini kerana melihat setengah dari harapan dan idaman kami telah tumbuh keluar ke alam wujud dengan terdirinya Kolej Islam atas darjah yang menyaingi darjat universiti”
•Almarhum Dato’ Syed Ibrahim Omar Al Sagoff. 18.4.55

2.•“Orang-orang Melayu dan Islam, harus sedar tanggungjawab mereka sendiri kepada Kolej Islam yang akan menentukan kedudukan pelajaran agama di negeri ini”.
•Almarhum Prof. Dr. Zulkifli Muhammad

3.•“Kolej ini akan menjadi satu benih yang akan menghasilkan buah di masa hadapan untuk bangsa Islam negeri ini, dan seterusnya untuk keamanan dunia seluruhnya”.

4.•“Di Kolej ini terletak tinggi rendahnya, baik buruknya dan mundur majunya agama Islam kita yang maha suci ini”
•Almarhum Prof. Dr. Zulkifli Muhammad, 24.2.55



- snmbuku