Friday, November 20, 2009

visi, misi & motto



KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
(BRA 0001)

VISI KISAS KLUSTER
’Menjana modal insan kelas pertama yang unggul bertaraf dunia menjelang 2012’.

MISI KISAS KLUSTER
1. Mengurus sekolah secara berkesan sebagai wadah terbaik dalam penyediaan program pendidikan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Memperkasa bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Arab sebagai alat komunikasi dalam pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
3. Melaksanakan program, projek dan aktiviti pendidikan yang holistik dan sistemik secara berkesan.
4. Menerapkan nilai-nilai keinsanan dan kerohanian dalam setiap aktiviti di sekolah menepati kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
5. Menjalankan penilaian dan pemantauan yang berkesan danberterusan.
6. Melaksanakan pelan tindakan penambahbaikan.


MOTTO KISAS KLUSTER
’Bersama Merangkul Keunggulan’.

Wednesday, November 18, 2009

selamat menduduki peperiksaan stpm 2009!


Didoakan semoga semua calon mendapat kejayaan yang cemerlang!

In Sya Allah...

Tuesday, November 17, 2009

pelaksanaan kelas ting 6

PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri


Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan,


PELAKSANAAN KELAS TINGKATAN ENAM

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa rungutan daripada ibu bapa berhubung dengan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam. Di antara rungutan yang dibangkitkan oleh ibu bapa dan murid ialah pelaksanaan kelas Tingkatan Enam sehingga menjangkau jam 4.00 petang telah mendatang masalah pengangkutan kepada murid-murid selain masalah makanan yang lazimnya dinikmati semasa tengah hari.

3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’/Datin/Tuan/Puan, contoh-contoh yang dikemukakan dalam surat siaran tersebut hanyalah sebagai panduan kepada semua Pengetua di dalam merencanakan jadual waktu mingguan kelas tingkatan enam rendah. Namun demikian, jadual waktu mingguan kelas Tingkatan Enam Rendah yang dilaksanakan di setiap sekolah adalah tertakluk kepada kebijaksaan dan budi bicara Pengetua sekolah supaya ianya sesuai dan telah mengambilkira prasarana dan situasi sekolah masing-masing serta semua permasalahan seperti pengangkutan yang mungkin timbul dan mendatangkan kesusahan kepada ibu bapa dan murid-murid.

4. Sehubungan itu, bagi tujuan pelaksanaan kelas Tingkatan Enam Bawah (2009) dan seterusnya Tingkatan Enam untuk sesi persekohan 2010, semua komponen yang dinyatakan dalam surat siaran KP(BS-MEN) 303/01/03 (2) bertarikh 10 April 2009, perlu dipenuhi (seperti Lampiran) manakala kaedah pelaksanaan jadual waktu mingguan bagi kelas Tingkatan Enam adalah tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengetua sekolah untuk disesuaikan berasaskan kepada prasarana dan situasi sekolah masing-masing.

5. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan surat siaran ini kepada semua Pengetua Sekolah Pusat Tingkatan 6 di bawah kawalan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Sekian. Terima kasih.


’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HJ MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN
BIL
KOMPONEN
BIL WAKTU (MINIT)
CATATAN
1. Pengajaran dan Pembelajaran (bagi setiap mata pelajaran)*
8 x 40 minit = 320 minit
Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997* (m/s 143)
2. Kokurikulum
4 X 40 minit = 160 minit
SPI Bil 2/2007 : Peruntukan waktu untuk kegiatan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah
3. Penyelidikan dan Kolokium
2 X 40 minit = 80 minit
Tambahan

Nota : * Jumlah mata pelajaran yang wajib diambil ialah
4 mata pelajaran STPM + MUET (dimasukkan dalam jadual waktu
persekolahan) seperti pekeliling 2 Februari 1999 (MPM/7(AM) 99

Friday, November 6, 2009

Guru-guru tingkatan 6




KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH


BRA0001



HJ ABDULLAH BIN JUSOH
PENGETUA


GURU-GURU;


ABDULLAH B HJ HASSAN
MOHD SAUFI BIN NUSROM
SITI MARIAM @ ZUBAIDAH BT ABD GHANI
NORAINI BT AWANG
ZALEHA BT IBRAHIM
ROSNAINI BT ADNAN
NIK MAHIZAN BT NIK MOHAMED
NURAZLIN BT ZAINALALUDIN
JAMALIAH BT SHARIFF
MUNTIMAH BT NASIRAN
NEK HAZIFAH BT NEK HASSAN
ABD MAJID BIN ABDULLAH
ZAKIAH BT RADZI
NORLIAH BT SELAMAT
ROHAZILA BT AHMAD ZABIDI
SHEIKH SALIM BIN SHEIKH HASSAN
NURAINA SABARIAH BT MD ISA
NORLINI BT ABDULLAH
NORIAH BT YUSOH
HAMSIAH BT MOHD YUSOF
MOHD KHIR BIN SAJIDIN
MOHD ZAINAL FITRI BIN HASSAN BASRI

doa nak ngaji


Ulangkaji pelajaran anda!

Berdoa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah pelajaran; (Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzal mursaliin,wa ilhamal malaikatil muqarrabin, fil 'aafiyaati, ya Arhamar Rahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan;
(Wa haiyik lana min amrina rashada)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan;
(Subhana man la yanamu wa laa yas-hu, Allahumma zakkirni ma nasitu) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang;
- dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manazilas syuhada wa 'aisyas su'adaak
wan nasra a'lal a'daak)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh,