PANDUAN ASAS PELAKSANAAN KAJIAN
UNTUK GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
(power point Kluang)
1. PENDAHULUAN
Usaha pembudayaan penyelidikan dalam kalangan guru telah lama diperkenalkan di dalam bilik darjah, sesuai dengan perkembangan untuk menjadikan guru sebagai pengamal reflektif. Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas. Guru seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. Yang penting, hasil dari proses penyelidikan tersebut dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik.
Garis panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 menjalankan kajian di sekolah, di samping memberi kemahiran kepada guru-guru untuk membimbing dan menyelia pelajar Tingkatan 6 dalam pelaksanaan kajian. Ia juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.
2. CARA PELAKSANAAN KAJIAN
Dijalankan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat orang pelajar di bawah seliaan seorang penyelia (guru). Setiap kumpulan wajib melaksanakan dan menyediakan laporan kajian. Kajian dilaksanakan dalam tempoh maksimum 3 semester. Proses kajian termasuk:
- menghadiri kelas(bersemuka),
- penyediaan kertas cadangan kajian,
- pelaksanaan kajian,
- penulisan laporan kajian,
dan
- pembentangan kajian dalam satu kolokium.
Setiap laporan kajian dihantar pada minggu pertama semester ketiga dengan mengikut format:
• 15 hingga 25 muka surat
• langkau satu setengah baris
• font Arial 11
3. ISI KANDUNGAN DAN JADUAL PELAKSANAAN ASAS KAJIAN
I. SEMESTER 1 :TINGKATAN 6 BAWAH (20 MINGGU)
A KONSEP KAJIAN: (12 MINGGU)
a) Konsep kajian (1 minggu/ 2 waktu)
i. Definisi
ii. Ciri-ciri
iii. Tujuan
b) Jenis-jenis Kajian (3 minggu/ 6 waktu)
i. Tinjauan
ii. Kajian Kes
iii. Eksperimental
iv. Ex-post facto
v. Kajian tindakan
c) Proses Kajian (3 minggu/ 6 waktu)
i. Mengenal pasti isu/ masalah
ii. Merancang strategi
iii. Melaksanakan kajian
iv. Mengumpul dan menganalisis data
v. Kesimpulan dan perbincangan
d) Metodologi Kajian (5 minggu/ 10 waktu)
i. Rekabentuk kajian
ii. Persampelan
iii. instrumen kajian
iv. prosedur kajian
v. kaedah analisis data
B. PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN (8 MINGGU)
a. Teknik penulisan ilmiah (2minggu/ 4 waktu)
i. Format kertas cadangan kajian
ii. Teknik membuat rujukan/ nukilan (citation)
iii. Format menulis bibliografi
b. Penulisan Kertas Cadangan (6 minggu/ 12 waktu)
i. Mengenal pasti isu/ masalah
ii. Sorotan kajian
iii. Metodologi kajian
iv. Jadual pelaksanaan kajian
II. SEMESTER 2 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)
C. PELAKSANAAN KAJIAN (10 MINGGU)
a) Pembentangan kertas cadangan
b) Laporan kemajuan kajian mengikut jadual
c) Perjumpaan berkala dengan penyelia
D. PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN (10 MINGGU)
a. Ciri-ciri laporan kajian yang baik
b. Format laporan kajian
c. Penulisan laporan kajian
III. SEMESTER 3 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)
E. KOLOKIUM
a. Pembentangan peringkat sekolah
b. Pembentangan peringkat daerah
c. Pembentangan peringkat negeri
Thursday, December 31, 2009
4.6 Surat Pekeliling Ikhtisas
Berikut adalah tajuk Surat-surat Pekeliling Ikhtisas.
1. SPI ‘Am Bil. 23/1966 - Lagu Kebangsaan
2. SPI Bil 1/1971 - Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-Sekolah
3. SPI Bil 2/1971 - Rukunegara
4. SPI Bil 8/1971 - Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah
5. SPI Bil 4/1975 - Nyanyian Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’
6. SPI Bil 8/1975 - Menyanyi Lagu Kebangsaan/ Lagu Negeri, dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-Sekolah/Maktab-Maktab Perguruan
7. SPI Bil 10/1976 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/ LCE (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate
Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III – Garis Panduan.
8. SPI Bil. 4/1977 - Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62
9. SPI Bil. 7/1977 - Pengelolaan Walkathon Di Sekolah-Sekolah
10. SPI Bil. 8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah
11. SPI Bil. 11/1978 - Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62
12. SPI Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah
13. SPI Bil. 3/1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru
14. SPI Bil. 3/1982 - Rancaangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE (Sarawak) bagi Murid-murid Tingkatan III – Garis Panduan
15. SPI Bil. 4/1982 - Permainan ‘Pin-table, Video Game, Game Watch’
16. SPI Bil. 4/1983 - Iklan/Tajaan Dalam Majalah Sekolah
17. SPI Bil. 7/1983 - Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah.
18. SPI Bil. 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di
Sekolah-Sekolah.
19. SPI Bil. 4/1984 - Perhimpunan Sekolah
20. SPI Bil. 4/1984 - Perhimpunan Sekolah (Tambahan)
21. SPI Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.
22. SPI Bil. 4/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat
23. SPI Bil. 5/1985 - Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan
Kawasannya (Landscaping)
24. SPI Bil 1/1986 - Larangan ke atas Pemberian Cenderamata.
25. SPI Bil 2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum
Pelajar.
26. SPI Bil 3/1986 - Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum ‘Pengenalan
Kepada Komputer’ Dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah
27. SPI Bil. 5/1986 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.
28. SPI Bil. 1/1988 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Perekacipta Sekolah.
29. SPI Bil.3/1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian
Seragam Sekolah Menengah (SLAD).
30. SPI Bil. 6/1988 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah.
31. SPI Bil. 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan
Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.
32. SPI Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
33. SPI Bil 10/1988 - Senaman Beramai-ramai.
34. SPI Bil 14/1988 - Keberangkatan DYMM Sultan/Raja/TYT Yang Di Pertua Negeri Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Sekolah.
35. SPI Bil 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah.
36. SPI Bil 10/1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.
37. SPI Bil. 1/1991 - Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah.
38. SPI Bil. 3/1991 - Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/ Institusi Pendidikan.
39. SPI Bil 4/1991 - Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah.
40. SPI Bil.7/1991 - Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia.
41. SPI Bil. 9/1991 - Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/ Institusi Pendidikan.
42. SPI Bil. 4/1992 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah.
43. SPI Bil. 6/1994 - Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah.
44. SPI Bil. 1/1995 - Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
45. SPI Bil. 3/1995 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan
Kerajaan.
46. SPI Bil. 4/1995 - Pelaksanan Kadet Remaja Sekolah (KRS).
47. SPI Bil. 7/1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar- Pelajar Sekolah.
48. SPI Bil. 8/1995 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan
49. SPI Bil 9/1995 - Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid- Murid Tahun 6.
50. SPI Bil.1/1996 - Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar.
51. SPI Bil. 2/1996 - Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian.
52. SPI Bil. 2/1997 - Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah
53. PUP Bil 2/1997 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab/Persatuan (PS.77280) Taekwando/ Seni Mempertahankan Diri.
54. SPI Bil. 3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang.
55. SPI Bil. 6/1997 - Amalan Kebersihan Di Sekolah.
56. SPI Bil. 2/1998 - Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah.
57. SPI Bil. 3/1998 - Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah.
58. SPI Bil. 5/1998 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan- Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996.
59. SPI Bil. 18/1998 - Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.
60. SPI Bil 24/1998 - Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
61. SPI Bil. 1/1999 - Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah.
62. SPI Bil. 2/1999 - Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.
63. SPI Bil. 7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah.
64. SPI Bil. 8/1999 - Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah.
65. SPI Bil 7/2000 - Mencegah Kebakaran Di Sekolah.
66. SPI Bil. 8/2000 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah.
67. SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
68. SPI Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Tambahan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.
69. SPI Bil. 12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
70. SPI Bil. 13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah.
71. SPI Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.
72. SPI Bil. 16/2000 - Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam SoalanPeperiksaan/ Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/ Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan.
73. SPI Bil. 17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.
74. SPI Bil. 18/2000 - Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah.
75. SPI Bil. 19/2000 - Panduan Menggalakkan Kerjasama Dan Sumbangan Pihak Luar Dalam Program Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Di Sekolah.
76. SPI Bil. 20/2000 - Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah- Sekolah.
77. SPI Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
78. SPI Bil. 9/2004 - Panduan Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.0 Konsep Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa pelajar tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
6.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
6.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
6.3 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
6.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara;
6.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.
7.0 Matlamat pelaksanaan dan Kepentingan Kokurikulum
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu diberi didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, dan spiritual.
Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985).
7.2 Penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru, dan diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan murid dan guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.
Dato' Abdul Rahman Hj. Arshad (1985)
7.3 Gerak kerja kokurikulum "… adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau pun 'esprit de corps' di antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai."
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).
7.4 Dengan andaian bahawa murid-murid tidak dapat pengalaman-pengalaman tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (1989).
7.5 Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid-murid, bahkan juga bagi melahirkan murid-murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertolenrasi, berdisplin, dan mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.
7.6 Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik melalui kurikulum yang sedia ada. Sungguh pun demikian, melalui kurikulum sahaja, seperti matapelajaran- matapelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan Kesusasteraan, misalnya, belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai-nilai akhlak, kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara menyeluruh di kalangan murid-murid amnya, belum dapat tercapai sepenuhnya seperti mana yang diharapkan.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.
7.7 Seperti mana kurikulum, gerak kerja kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani murid-murid. Oleh yang demikian, kokurikulum juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah- sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995.
7.8 Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin murid serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995.
7.9 Sekolah-sekolah yang tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja kokurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh murid-murid dalam gerak kerja tersebut, boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988.
7.10 Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan para murid dalam apa jua aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan sememangnya penting untuk membina ketahanan diri dan kesihatan di samping memupuk perkembangan jasmani, rohani, dan emosi murid-murid. Di samping itu, sukan sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulum yang diwajibkan di sekolah-sekolah adalah juga merupakan satu-satunya saluran yang berkesan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan di kalangan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988.
8.0 Objektif Pelaksanaan Kokurikulum
8.1 Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
8.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar;
8.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam sekolah dan di antara sekolah;
8.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar-pelajar dalam aktiviti yang diceburi;
8.5 Membina dan meningkatkan disiplin pelajar;
8.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
8.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;
3.7 Mewujudkan sekolah berwatak.
3.8 Menyediakan pelajar untuk mengikuti program khidmat negara.
3.9 Mengukuhkan integrasi nasional
9 Strategi Pelaksanaan Kokurikulum.
9.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
9.2 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
9.3 Melibatkan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
9.4 Melibatkan pelajar dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
9.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
9.6 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
9.7 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua pelajar;
9.8 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
9.9 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.
9.10 Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.
9.11 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang dikehendaki;
10 Penglibatan Murid
10.1 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib
Perkara ini dinyatakan dalam Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29) Perkara 5.1 iaitu
...”Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan”.
10.2 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.
10.3 Oleh kerana penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib maka kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.
10.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 7 November 1979 telah memperakui bahawa:-
Perkara 50.
Semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru-guru hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam pengendalian kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani kursus latihan perguruan. Guru-guru yang telah banyak berjasa dalam kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
10.5 Ketidakhadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas.
{Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}
11 Peranan Guru
11.1 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah”
(Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
11.2 Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum
11.3 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (BRA0001)
1.0 Tajuk :PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH
2.0 Objektif.
Di akhir kursus ini peserta akan dapat;
2.1 Mengetahui dan memahami konsep, matlamat, prinsip dan strategi pelaksanan kokurikulum
2.2 Memahami dasar pelaksanaan kokurikulum.
2.3 Mengetahui, memahami dan dapat melaksanakan pengurusan kokurikulum T6 di sekolah
3.0 Definisi Kokurikulum
3.1 Kokurikulum adalah ’kegiatan kumpulan’.
Rujuk Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).
3.2 ’Kegiatan kokurikulum’ ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
3.3 Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan sukan, dan lain-lain).
(Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97)
3.4 Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992); m.s. 11).
Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal.
Rujuk Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka (1984), m.s. 269.
4.0 Punca Kuasa Pelaksanaan Kokurikulum
Pelaksanan pelaksanaan kokurikulum di sekolah-sekolah adalah berdasarkan punca kuasa daripada Dasar Pelajaran Negara 1956, Akta Pelajaran 1961 (dilaksanakan pada tahun 1996), Warta Kerajaan 28 Disember 1997, Laporan Kabinet 7 November 1979, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat-surat siaran.
4.1 Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
"Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."
Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97.
4.2 Pelaksanan Kokurikulum adalah Wajib
Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
{Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}
Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya
{Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}
4.3 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 7 November 1979 telah memperakui bahawa:-

Perkara 51.
Untuk meninggikan lagi mutu kegiatan pasukan pakaian seragam di sekolah-sekolah, maka adalah diperakukan supaya guru-guru yang memimpin pasukan tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang telah menerima latihan kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-pergerakan tersebut.
Perkara 52.
Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet Polis adalah sangat berfaedah untuk menyemai semangat disiplin dan berdikari, maka adalah diperakukan supaya pasukan-pasukan tersebut hendaklah diperluaskan seberapa banyak yang boleh.
Perkara 53.
Untuk menjamin supaya persatuan-persatuan atau kelab-kelab di sekolah-sekolah dapat memainkan peranan dalam pembentukan perpaduan di kalangan murid-murid, adalah diperakukan bahawa:
1. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/ kelab yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan persatuan/ kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah berasaskan kepada kemudahan yang ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan tempatan.
2. Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam minat murid-murid dan meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu bahasa. Murid-murid dari berbagai kaum hendaklah juga digalakkan menyertai persatuan bahasa selain daripada persatuan bahasa ibunda mereka sendiri.
Perkara 54.
Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga dapat mencapai matlamat yang ditentukan adalah perakuan:
1. Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-ramai yang melibatkan penyertaan semua murid. Pertandingan senaman beramai-ramai di antara pasukan-pasukan di sesebuah sekolah dan diantara sekolah-sekolah hendaklah dijalankan.
2. Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas desa, jalan kaki dan sebagainya. Di samping itu mereka yang hendak diberikan latihan atau kemahiran peringkat tinggi hendaklah dilayani juga.
3. Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya matlamat perpaduan di antara murid-murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat dapat dicapai.
Perkara 55.
Adalah diperakukan bahawa semua sekolah memperkemaskan lagi program-program kokurikulum dan dalam pelaksanaan program-program ini keutamaan hendaklah diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh memupuk disiplin di kalangan murid-murid. Di samping itu guru-guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi terutama dari segi penyeliaan
4.4 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan negara.”
4.5 Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No.11 Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan;
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Subscribe to:
Posts (Atom)